December 21
"Mom..happy birthday"
Aku call beliau pagi-pagi time beliau tengah enak beradu. Aku wish "happy birthday" dan beliau ucap terima kasih sambil tanya hadiah ape nak bagi?Aku gelak. Padahal dalam hati aku Tuhan saja tau..sedih giler beb. Sedih yang tak tertanggung. Aku menaip ni pun aku tahan tahan ni...Mata aku berterabur ni.
Lately aku rasa life agak shitty. Tapi alhamdulillah, Allah masih bagi aku rezeki ni. Dolar aku dalam akaun agak bertambah..so aku perlu bersyukur ke hadrat Ilahi. Aku sejenis manusia yang tak ambil port sangat dengan keletihan, kepenatan. Penat macam mana pun aku boleh on, orait. Kalau setakat sakit belikat tu rasa macam nak patah-patah, bila kerja seharian macam keldai, mood aku still rasa ok berbanding dengan orang lain yang akan menjadi harimau 'ganas dan garang' bila penat.
Aku ingat lagi bila cikgu masnun seorang guru besar merangkap saudara mara aku sendiri berkata, "Tengok abah tu...giler kerja...commitment kat kerja memang tahap gaban...masuk bab kerja memang tip top...Abang Tun Am pun macam tu jugak...jenis kerja kuat...commitment tak pernah mati"..Aku sengih sebab time tu otak aku masih remaja lagi. Sekarang ni bila kenang balik pasal tu...memang aku ni bergenetik 'kerja kuat'. Alhamdulillah.
So whatever happens, aku nak cool saja. Aku jatuh ke...aku berdiri ke...aku nak cool. Tang nak jadi cool tu memang perit sikit. Nak kena ketap bibir. Dan aku ni pulak jenis makwe, anak manja pulak tu...kalau tak nak aku menangis memang kau kena terjun laut la...aku mesti nak menangis punya kan. Macam neraka jugak la. Banyak benda aku nak lalui dan hadapi tapi biar lah..kalau ada tempat berteduh aku tumpang, kalau ada tempat bergantung memang aku pinjam bahu mereka untuk menangis. Bukan senang nak cool..otak aku ibarat separa meletup.Heh.
Aku cakap kat diri sendiri, let it go...Susah giler. Aku tau susah..sebab tu mata aku terus berterabur. Dalam susah ni la aku bertahan. Ini pasal aku, ini jiwa aku, ini hati aku, yang nak kena tanggung aku. Aku adalah aku. Takkan sama dengan orang lain.Orang lain berlambak yang lebih tabah dari aku...berlambak yang lebih kuat dari aku. Tapi mereka menangis jugak. Mereka merintih jugak. Aku rasa tak salah nak rasa 'beban' perit tu..bukan aku tak nak bangun pun.Bukan aku tak nak lawan dengan 'kejatuhan' ni...tapi bila segala urat saraf aku bertempik, melolong, jiwa aku kesakitan....adakah kau expect aku untuk gelak berguling-guling? Itu giler nama nya.
Beribu kali aku beritahu diri sendiri...'come on..jangan menangis la..tak kuat...'. Bohong lah kalau aku kata tak menangis tu bermakna kau kuat. Sangat shitty. Menangis tu la yang buat kau kuat. Yang tak menangis tu jangan nak tipu diri sendiri. Aku dah cuba dulu...macam dajal jer. Sakit otak tahan menangis ni...tau?Jadi aku biarkan diri aku menangis. Penyembuhan ni ambil masa...dan aku akan spend masa itu sepenuhnya.
Emosi aku tak senang sangat sejak aku kecil lagi. Ini bukan apa-apa pun bagi aku. Kesusahan sekecil kuman yang akan buat aku kembali besar kepala nak lawan arus. Aku kan juara degil.
Jadi sekarang ni kepala aku dah besar. Aku nak pergi berenang dan surfing.
Good day!! (gaya ascent aussie rambut blonde yang pakai hotpants...cittt!!)
p;S View hotel room aku tengah cantik ni...banyak yachts..

2 Screaming Fans:
pergi bercuti tak ajak aku. lalala
wadi::
nak ikut eh?
hahahahahaha...
Post a Comment