Monday, June 18

Dear dad, the one I love the most

"Aku menulis sebelum aku tunai solat Zuhur dan selepas aku meraban dengan ayat 'stress..this will be the last time"

~Yuki


"Kalau ada yang bertanya, bagaimana aku mengimbangi kasih seorang ibu dan bapa? Aku jawab, sayang aku kepada mereka sangat rata, sama. Yang aku tak dapat jawab ialah soalan, bagaimana aku mengimbangi perasaan aku terhadap seorang abah?

Sebelum tangan aku merata di atas papan kekunci ini, dan sebelum tumpahnya air mata aku disini, aku harus katakan, sayang aku kepada seorang abah sangat tulus. Aku pernah cakap, walau apa yang abah buat, lakukan, sayang itu takkan pernah hilang. Kerana walau apa pun terjadi, abah tetap abah aku. Itu yang aku semat sampai mati.

Dan kerana itu juga lah hati aku bagai di robek. Balik kampung selama seminggu, pada 2 minggu lepas, aku banyak menangis bersama dengan Tun, dengan Kak Mae, dengan ma, dengan Kak Nas, abang Am, John. Sedih hati kami adik beradik tak dapat ditampung. Perasaan kami semua sama, sayang kami terhadap abah pun masih sama. Tak akan berubah. Hanya satu perkara yang berubah...abah.

Panjang aku habiskan masa berborak dengan Tun, Kak Mae, dan Kak Nas dan ma. Semua meluahkan perasaan hati masing-masing. Mata masing-masing berkaca. Aku pula terlalu sedih, sebab kepulangan kami adalah untuk meraikan majlis perkahwinan Tun. Dan macam-macam perkara yang berlaku buat kami adik beradik rasa seperti di cincang bertalu-talu.

Tiap kali aku unjur tangan untuk menaip perihal abah, bukan tangan aku yang beraksi tapi mata aku yang terlebih dulu akan berkaca.Tiada ayat yang dapat aku gambar kan bagaimana sedihnya perasaan bila terpaksa mengimbangi antara dua perasaan iaitu benci dan sayang. Itu lah perasaan aku terhadap abah.

Abah tinggalkan kami. Itu perkara biasa. Tak mengapa.Tapi bila abah tinggalkan satu-satu nya wanita yang melahirkan aku ke dunia, ini bukan perkara yang aku boleh pandang sebelah mata dan biar ia berlalu pergi. Bila abah manjakan perempuan lain di hadapan ma dan kami adik-beradik tapi layanannya kepada ma hanya seperti menjeling kucing kurap di jalanan, di maki hamun dan dipanggil tidak berguna, hati kami luluh, aku luluh...ma apatah lagi. Aku hancur. 

Ma itu wanita yang melahirkan aku, menyusukan aku, sakit kerana aku, dan menangis kerana aku. Bila dia diperlaku begini, aku seperti mahu mati. Selepas melahirkan anak, menjaga dan membesarkan mereka dengan sepenuh hati tanpa rungutan, ma masih tidak dapat membahagiakan hati seorang suaminya.Selama 45 tahun menjadi seorang isteri yang paling setia dan taat, dia masih disisih dan dihina. Kadang-kadang aku bertanya, apa yang adil di atas muka bumiMu ini Tuhan?

Kalau aku seorang yang mempunyai dendam emosi gila terhadap segala tindakan abah, sudah lama aku pergi. Seperti yang aku lakukan sebelum ini. Tapi aku tak sanggup membiarkan ma sakit dan menangis seorang diri. Biar aku kongsi deritanya bersama-sama. Biar kami menangis bersama-sama. 

Malam itu aku menangis. Kak Nas dan Kak Mae pun sama. Kata ma, biar kami adik beradik marah apa yang ma cakap, tapi kenyataannya kelakukan abah memang menyeksanya sekian lama. Dan kerana itu juga dia jatuh sakit. Kami hiba. 

Aku bawa hati yang remuk ini lari. Berkali-kali. Apa orang nak cakap tentang abah, aku tetap sayangkan dia. Aku tak boleh nak kuburkan perasaan itu. Sememangnya mungkin Tuhan sematkan untuk aku bersikap begitu. Tapi perasaan ini sangat menyiksa hati aku sendiri. Perasaan sayang yang bercampur baur dengan perirasa marah, benci, kecewa. 

Orang lain boleh membenci abah. Mereka boleh memanggil dia anjing. Bukan aku tak kisah itu semua, sama menyakitkan. Tapi abah masih abah. Aku akan selalu ingat kerana dia adalah manusia pertama yang belikan aku buku yang aku suka. Dia manusia pertama yang memimpin aku melintas jalan raya.Bagaimana aku nak imbangi antara benci dan sayang terhadap abah?

Orang takkan faham perasaan ini. Aku tak pernah merayu sesiapa untuk faham. Sakit ini aku yang rasa. Biar orang membebel, ini perkara kecil. Aku simpan ini sudah lama. Aku tak pernah biar ia menganggu rutin seharian aku sehingga membawa gila. 

Aku simpan, aku hadam, aku tak luah sedikit pun. Sampai ia membengkak sehingga sekarang. Lambat laun ia akan menjadi buruk yang paling menyiksa aku sendiri. Biar lah...ini hati aku. Kau tak perlu tahu. 

Dear dad, the one I love the most.. "


The End. 

6 comments:

karenontheshore said...

i dont know what you've been through tpi klu ckap psal ayah ni bg aku lelaki yg berhak dpt kasih aku adlh lelaki yg berhak dpt benci dr aku, so same goes with my dad. ayah aku adlh da only lelaki yg aku tlalu benci sbb tlalu syng.

"why you acting this way, you are my father right?? u suppose to love me to protect me not hurt me ...right??, watever it is i always adore u forgive u n still love u. Mayb u do love me but in your way, da way i cant accept n understand at all.." welll.. betapa marah dan patah hatinya kte thadap seorng bapa, apa2 pun sbgai seorng ank tugas kita haruslah sentiasa doakan kesejahteraan hidup dia di dunia n akhirat.. moga Allah ampunkan dosa dia n tunjukkan dia ke jalan yg benar. bila benci muncul padam kanlah dgn doa moga btambah kasih thadapnya.

kalau boleh mahu aje benci slama-lamanya. susah nak dendam benci sebab percaya antara aku dan dia masih lagi ada ikatan. Ikatan yg x kan putus smpai hujung nyawa. Sampai mati aku bawa nama dia d hujung nama aku kan kan..

nk marah2 n benci2 pun tanpa sperm dia, aku x rse aku bleh wujud kt muka bumi nih.. hihi.

opss.. t'over (teremosi) komen beb. Haha. Let bygones b bygones. Have a nice day. ;)

oranglidi said...

ya Allah.. smoga Tuhan bukak pintu hati ayah ko. moga2 dia faham tentang perit jerih yg kluarga korang lalui.

memang takda cara laen dah. kalau korang treat bapak korang sama macam dia layan korang dan ibu, itu zalim namanya. ingat, 'jahat perlu dibalas baik'. kita tak tau mungkin ada sesuatu yang berlaku.

harap ada hikmah disebalik kedukaan keluarga ko ni. doa byk2 ye.

Wadi AR said...

ingat yuki, lepas hujan mesti terbit pelangi yg indah. sabar ye :)






*sori, dah lama tak jengok. aku paham perasaan ko

Koyuki said...

karen::

he's still my father...i can't change that..nama dia aku bawa sampai mati..sampai bila-bila..so aku just berdoa untuk dia tiap2 hari dlm solat..supaya segala dosa dia diampunkan Allah.

I'm having a nice day here..hehe

Koyuki said...

lidi::

Thanks lidi..doakan kami. Mmg aku harap semua tu berlaku..lambat laun..cuma pasti dengan tidak saja..tak tahu sampai bila...aku cuma harap ma aku tak pergi dengan hati yang seksa sebab sepanjang hidup dia penuh derita..

Koyuki said...

wadi::

hohoho..wadi..where have u been...

aku selalu bersabar..no worries..hehe

thanks :D